News By Tag Industry News * Blog * More Industries... News By Location Country(s) Industry News
| Teknik Efektif Iklan KlasifiedPenggunaan iklan klasified merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mempromosikan perniagaan anda.Beberapa tahun sebelum ni, iklan klasified hanya boleh kita temui di dada-dada akhbar, majalah dan juga medium percetakan yang lain...
By: Hadinur MS Iklan Klasified Online Semenjak ‘kehadiran’ Terdapat banyak laman web yang menawarkan iklan klasified secara percuma.Bayangkan, dunia pengiklanan tanpa mengeluarkan walau 1sen pun wang anda.Huh..! seronok bukan.Apa lagi…Anda boleh mula dengan ‘menggoogle’ Sebagai contoh, katakanlah anda mempunyai perniagaan menjual mutiara asli.Seorang pengguna internet yang mencari mutiara asli untuk dibeli akan melayari internet dan ‘menggooglenya’ Bagaimana Untuk Menghasilkan Iklan Klasified yang Efektif..? Menghasilkan iklan online sama saje dengan iklan offline.Iklan yang dihasilkan hendaklah menarik dan tertarik.Inilah keutamaannya.Macamane..? Pilih kategori iklan yang sesuai dengan produk anda. Kesemua senarai iklan klasified, tidak kira online ataupun offline dikategorikan di dalam kumpulan.Adalah penting bagi anda untuk memastikan bahawa iklan anda berada di dalam kategori yang betul.Dengan cara ini, akan memudahkan pengguna untuk mencari produk atau servis yang anda tawarkan. Sebagai contoh, sekiranya seorang pengguna mencari mutiara asli dan anda adalah seorang pembekal mutiara asli, pastikan kategori kumpulan bagi iklan anda adalah berkenaan dengan mutiara atau perhiasan atau yang seangkatan dengannya.Ini untuk mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pengguna yang berminat tadi ‘menemui’ anda. ‘Repost’ iklan anda. Kerap kali melakukan ‘repost’ untuk iklan anda memandangkan ianya adalah percuma.Pengiklan lain juga selalu meletakkan iklan mereka disebabkan ianya percuma.Jadi… Selalulah ‘melawat’ laman web di mana iklan anda di letakkan.Lakukan beberapa langkah yang perlu untuk memastikan iklan anda berada di bahagain atas halaman.Jadi pengguna yang mencari produk atau servis seperti yang anda tawarkan akan mudah melihatnya. Gunakan ayat memukau / menarik perhatian. Untuk menghasilkan iklan yang efektif, anda haruslah menggunakan ayat yang boleh menarik perhatian pengguna.Cukup hanya sekadar memastikan mereka ingin klik pada iklan anda dan ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut mengenai produk atau servis anda.Anda boleh menggunakan ayat seperti “Rahsia”, “Percuma”, “Cubalah”, “Bagaimana” Berikan butiran terperinci mengenai kelebihan produk atau servis yang anda tawarkan.Dimestikan untuk sentiasa menerangkan di dalam iklan tentang kelebihan yang akan diperolehi sekiranya mereka mendapatkan produk atau servis anda.Anda haruslah memberi mereka sebab – ‘Kenapa mereka harus memilih produk atau servis anda..?’ ‘Kenapa perlunya mereka mendapatkan daripada anda..?’. Buat ringkas dan meyakinkan. Jangan sesekali penuhkan iklan anda dengan ayat-ayat yang tidak penting/diperlukan.Cukup hanya dengan isi-isi penting yang berkaitan dengan produk atau servis anda.Untuk lebih meyakinkan pengguna, sertakan sekali pernyataan berkenaan syarikat dan cara untuk menghubungi anda atau paling tidak pun letakkan URL blog anda.Bagi mereka yang mempunyai web jualan, jangan lupa untuk sertakan URL web jualan anda di dalam iklan tersebut. Terima Kasih & Salam Kejayaan..! Hadinur MS My Blog : http://revolusiusahawan.com/ Follow Me on Twitter : http://twitter.com/ # # # Ke arah perniagaan internet yang sebenar dan rahsia usahawan internet buat duit online. Pelajari strategi keusahawanan internet dan dapatkan info berkenaan perniagaan internet dan buat duit online End
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||